Apakah fibrilasi atrium? 

Fibrilasi atrium adalah keadaan jantung di mana irama jantung berdegup dengan tidak teratur dan kadang kala berdegup dengan cepat.1

Sesetengah orang yang mengalami fibrilasi atrium tidak mengalami sebarang gejala walaupun jantung berdegup dengan cepat (sesetengah orang menggambarkannya sebagai palpitasi). Gejala-gejala lain termasuk:1,2 

  • Keletihan 
  • Sesak nafas  
  • Sakit dada (angina) 
  • Rasa pening 

Fibrilasi atrium juga boleh digambarkan sebagai ‘berterusan’, apabila episod berpanjangan yang berlaku selama 7 hari atau lebih, ‘paroxysmal’ di mana ia berhenti secara spontan dalam masa 7 hari, biasanya dalam 48 jam, atau ‘berkekalan’, apabila gangguan irama jantung adalah secara berterusan dan dalam jangka panjang. 3,4 

Jantung terdiri daripada empat ruang – atrium kiri dan atrium kanan (dua ruang atas), dan ventrikel kiri dan kanan (dua ruang bawah).

Fibrilasi atrium berlaku apabila aktiviti elektrik menjadi huru-hara di bahagian atrium. Ini mengganggu irama semulajadi jantung. Akibatnya, atrium tidak mengecut dengan betul. Ini bermakna jantung anda tidak boleh mengepam darah dengan cekap seperti biasa.5

heart image

Apakah fibrilasi atrium? 

Fibrilasi atrium adalah keadaan jantung di mana irama jantung berdegup dengan tidak teratur dan kadang kala berdegup dengan cepat.1

Sesetengah orang yang mengalami fibrilasi atrium tidak mengalami sebarang gejala walaupun jantung berdegup dengan cepat (sesetengah orang menggambarkannya sebagai palpitasi). Gejala-gejala lain termasuk:1,2 

  • Keletihan 
  • Sesak nafas  
  • Sakit dada (angina) 
  • Rasa pening 
heart image

Fibrilasi atrium juga boleh digambarkan sebagai ‘berterusan’, apabila episod berpanjangan yang berlaku selama 7 hari atau lebih, ‘paroxysmal’ di mana ia berhenti secara spontan dalam masa 7 hari, biasanya dalam 48 jam, atau ‘berkekalan’, apabila gangguan irama jantung adalah secara berterusan dan dalam jangka panjang.3,4 

Jantung terdiri daripada empat ruang – atrium kiri dan atrium kanan (dua ruang atas), dan ventrikel kiri dan kanan (dua ruang bawah).5

Fibrilasi atrium berlaku apabila aktiviti elektrik menjadi huru-hara di bahagian atrium. Ini mengganggu irama semulajadi jantung. Akibatnya, atrium tidak mengecut dengan betul. Ini bermakna jantung anda tidak boleh mengepam darah dengan cekap seperti biasa.5

Apakah punca atrium fibrilasi? 

Punca sebenar fibrilasi atrium masih belum difahami sepenuhnya, tetapi risiko akan bertambah apabila usia anda meningkat dan ia lebih mudah dihidapi oleh mereka yang mempunyai masalah-masalah jantung yang lain, seperti:6-8

  • Tekanan darah tinggi 
  • Bekalan salur darah ke jantung yang menjadi tebal atau
    tersumbat 
  • Serangan jantung  
  • Masalah jantung sejak lahir 
  • Cardiomyopathy, pericarditis, penyakit injap jantung 
harv-right image
heart and brain image

Apakah komplikasi-komplikasi akibat fibrilasi atrium? 

Risiko utama akibat fibrilasi atrium adalah strok.9 Apabila darah tidak dipam dengan betul ke jantung, ia akan mengumpul dan bekuan boleh membentuk dalam jantung. Jika bekuan ini bergerak dari jantung dan memasuki salur darah kecil didalam otak, pengaliran darah mungkin akan terhalang dan ini akan menyebabkan strok.5,10 

Mereka yang mengalami fibrilasi atrium adalah lebih berkemungkinan untuk mendapat strok berbanding dengan mereka yang tidak mengalami fibrilasi atrium.11 

Jika fibrilasi atrium anda tidak dikawal dengan baik, ia mungkin akan mula melemahkan jantung anda. Akhirnya, ia boleh menyebabkan kegagalan jantung di mana jantung anda tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan anda dengan cekap.12 

Apakah itu strok?

Apakah komplikasi-komplikasi akibat fibrilasi atrium? 

Risiko utama akibat fibrilasi atrium adalah strok.9 Apabila darah tidak dipam dengan betul ke jantung, ia akan mengumpul dan bekuan boleh membentuk dalam jantung. Jika bekuan ini bergerak dari jantung dan memasuki salur darah kecil didalam otak, pengaliran darah mungkin akan terhalang dan ini akan menyebabkan strok.5,10

Mereka yang mengalami fibrilasi atrium adalah lebih berkemungkinan untuk mendapat strok berbanding dengan mereka yang tidak mengalami fibrilasi atrium.11

heart and brain image

Jika fibrilasi atrium anda tidak dikawal dengan baik, ia mungkin akan mula melemahkan jantung anda. Akhirnya, ia boleh menyebabkan kegagalan jantung di mana jantung anda tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan anda dengan cekap12.

Apakah itu strok?

Rujukan: 1. National Health Service (UK). Overview (Atrial fibrillation). Available at: https://www.nhs.uk/conditions/atrial-fibrillation/#:~:text=Atrial%20fibrillation%20is%20a%20heart,in%20your%20wrist%20or%20neck. Accessed on April 2022. 2. National Health Service (UK). Symptoms (Atrial fibrillation). Available at: https://www.nhs.uk/conditions/atrial-fibrillation/symptoms/. Accessed on April 2022. 3. MedicalNewsToday. What are the types of atrial fibrillation? Available at: https://www.medicalnewstoday.com/articles/323618. Accessed on April 2022. 4. Ogawa H, et al. Stroke 2018;49:2301-2308. 5. John Hopkins Medicine. Atrial Fibrillation. Available at: https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/atrial-fibrillation. Accessed on April 2022. 6. National Health Service (UK). Causes (Atrial fibrillation). Available at: https://www.nhs.uk/conditions/atrial-fibrillation/causes/. Accessed on April 2022. 7. Helgadottir S, et al. J Cardiothorac Surg 2012;7:87. 8. MayoClinic. Atrial fibrillation. Available at: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/atrial-fibrillation/symptoms-causes/syc-20350624. Accessed on April 2022. 9. Oladiran O, et al. J Community Hosp Intern Med Perspect 2019;9(2):113-120. 10. John Hopkins Medicine. Atrial Fibrillation: Prevention, Treatment and Research. Available at: https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/atrial-fibrillation-prevention-treatment-and-research. Accessed on April 2022. 11. WebMD. AFib and Stroke. Available at: https://www.webmd.com/heart-disease/atrial-fibrillation/atrial-fibrillation-afib-stroke. Accessed on April 2022. 12. Heart Foundation. What is atrial fibrillation? Available at: https://www.heartfoundation.org.au/conditions/atrial-fibrillation. Accessed on April 2022.

Maklumat rujukan 

Bahagian ini mengandungi maklumat rujukan sahaja, adalah secara asasnya umum dan bertujuan untuk memberi maklumat umum mengenai fibrilasi atrium kepada warga umum di Malaysia. Ia tidak bertujuan untuk menggantikan pendapat pakar kesihatan. Untuk maklumat spesifik mengenai patologi dan/atau pengesanan, diagnosis, prognosis, pemberian rawatan yang sesuai (apabila perlu) untuk setiap kes spesifik, sila segera berjumpa dengan pakar kesihatan. Penggunaan laman sesawang ini adalah subjek kepada notis undang-undang, privasi dan dasar cookie, dan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.